Siakap Keli

“Aku Dah 23 Tahun Kot, Dia Tunggu KTM Sampai Dan Aku Masuk ‘Train’,” Netizen Kongsi Momen Dengan Ayah Undang Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu dan ayah merupakan orang yang bersusah payah membesarkan kita sebagai manusia. Maklum mengetahui ibu bapa melakukan pelbagai pengorbanan bagi membesarkan anak-anak mereka. Ibu dilihat sebagai orang yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi melahirkan kita di dunia ini manakala ayah memerah keringat mencari rezeki untuk kelancaran hidup keluarganya.

Kebiasaannya, ibu dilihat sebagai orang yang banyak berkorban untuk anak mereka. Namun, menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, dia membuktikan bahawa ayah juga seperti ibu yang amat sayangkan anaknya. Melalui perkongsian tersebut, individu yang menggunakan akaun Twitter ZHAN menunjukkan bapanya yang sanggup menungguya tren KTM sampai sehingga dirinya menaiki KTM tersebut. Perkara ini dikaitkan dengan perasaan seorang ayah terhadap anaknya. Walaupun dirinya sudah berusia 23 tahun, namun layanan seperti itu masih lagi diperolehi dirinya.

Perkara ini dikaitkan dengan perasaan seorang ayah terhadap anaknya. Ini kerana kita sering melihat akan kasih sayang oleh seorang ibu, namun tidak sedar akan pengorbanan seorang ayah. Namun, melalui perkongsian tersebut dapat membuktikan bahawa ayah juga mempunyai rasa sayang, rindu dan rasa risau terhadap keadaan anaknya jika tidak berada di depan matanya. Tindakan ayahnya yang menantikan tren sehingga anaknya menaiki tren itu mengundang reaksi terharu dan sedih dalam kalangan pengguna Twitter.

Ada yang berpendapat bahawa seorang ayah itu jarang untuk memperlihatkan perasaan sayang terhadap anaknya. Namun, disebalik hatinya, penuh perasaan sayang terhadap anaknya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa seorang anak tidak dapat menyayangi ibu dan ayah mereka seperti mana yang dilakukan oleh ibu dan ayah. Walaupun umur sudah mencecah puluhan tahun, itu tidak bermakna kasih sayang terhadap anak akan berkurangan.

Rata-rata pengguna Twitter berkongsikan kisah mereka yang seakan-akan sama dengan kisah ini. Ada yang mengatakan bahawa bapa mereka tidak akan berganjak daripada tempatnya menunggu sekiranya bayang anaknya masih kelihatan. Lebih menghibakan, seorang ayah juga sanggup menunggu anaknya sekurang-kurang 2 jam perlu menunggu untuk memastikan anaknya selamat.

Ibu dan ayah sangat menyayangi anak mereka. Walaupun sering kelihatan kasih sayang ibu melebihi daripada kasih sayang seorang bapa, tetapi percayalah jauh disudut hati mereka mempunyai kasih sayang yang tidak terhingga terhadap anaknya.

Sumber: ZHAN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa