Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Anak Sering Meragam?”, Ini 5 Tanda Anak Tak Cukup Tidur Yang Perlu Ibu Bapa Ambil Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidur memainkan peranan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak dan remaja. Tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik.

Anda mungkin perhatikan bahawa setiap kali anak anda tidak mendapat cukup tidur, bukan sahaja dia letih tetapi dia juga tidak dapat menumpukan perhatian pada tugasan yang perlu dilakukan.

Cuba anda periksa anak kita semua pagi esok. Ada tak tanda-tanda yang dikongsikan ini semua? Jika anda seorang ibu atau bapa yang prihatin pasti anda akan ambil tahu semua ini.

1. Anak selalu jatuh sakit

Tidur yang tidak berkualiti dan kurang akan membuatkan fungsi sistem imun anak anda tidak bekerja dengan baik. Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan biarkan anak anda berjaga malam.

2. Kelihatan letih sepanjang hari

Tidak cukup tidur ini bukan sahaja boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’. Kalau anak anda selalu mengadu penat, cuba periksa anak anda cukup tak jam tidurnya.

3. Selalu menguap di siang hari

Jika anak anda selalu berkeadaan begini, itu maknanya mereka keletihan dan tidur pada malam yang tidak berkualiti. Tapi kalau melebih-lebih sangat menguapnya boleh sahaja rujuk pada doktor. Untuk pengetahuan anda, ada banyak penyakit yang menyebabkan anak anda menguap melampau ini.

4. Sangat susah bangun pagi

Pasti anda sudah terbiasa dengan drama waktu pagi antara ibu bapa dan anak. Pelbagai ragam anak anda, yang lucunya tengah mandi pun bleh tidur lagi. Kalau jam tidurnya cukup, percayalah pasti anak anda tidak berdrama lagi.

5. Selalu meragam tanpa sebab

Tidur adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum. Jadi, gunalah teknik penenang sekalipun jika anak anda tidak cukup tidur memang akan meragam. Seperti orang dewasa, akan timbul cepat marah dan sebagainya.

Jadi, sebagai ibu bapa yang hebat, anda perlu sentiasa perhatikan gerak-geri anak anda. Jagalah kesihatan anak kerana anak itu amanah dari Allah.

Sumber: Taufiq Razif

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang