Siakap Keli

Benarkah Wanita Ada 9 Nafsu 1 Akal? Ini Jawapan Mufti

Masyarakat kita sering menyebut, wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Benarkah dakwaan tersebut? Adakah tahap akal wanita lebih rendah dari lelaki?

Ini jawapan mufti.

Hadith mengenai wanita mempunyai sembilan nafsu dan satu akal adalah bertaraf dhaif jiddan (tersangat lemah.

Hadith berstatus dhaif jiddan merupakan hadith yang tidak dipastikan sama ada hadith tersebut benar-benar datang dari Nabi SAW atau tidak. Menurut kesepakatan ulama hadith, ia tidak boleh dijadikan hujah serta tidak boleh diamalkan.

“Pernyataan yang mengatakan wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama dan tidak wajar sama sekali disebarkan.”

Para ulama tidak pernah meletakkan jantina sebagai kayu ukur dalam menilai kekuatan dan kebolehpercayaan seseorang. Wanita juga mampu menggapai kedudukan yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi, sekiranya diberi peluang dan ruang yang saksama.

(Gambar: Mufti Wilayah Persekutuan)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Amira

Love yourself.