Siakap Keli
fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Boleh Ke Yang Di-Pertuan Agong Bubar Parlimen Sekarang? Ikuti Penjelasan Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Melihat kepada situasi politik semasa, kami dapati banyak suara-suara yang mahukan parlimen Malaysia ini dibubarkan menggunakan kuasa DYMM Yang di-Pertuan Agong(YDPA) untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan dengan segera.

Namun, apakah sebenarnya kuasa yang dimiliki oleh DYMM YDPA dalam proses membubarkan parlimen ini? Betul ke Baginda YDPA boleh membubarkan parlimen serta-merta?

Untuk mengetahui jawapan bagi persoalan itu, jom kita ikuti penjelasan yang dibuat oleh laman JUMPA KAT MAHKAMAH di Facebook mereka ini.

Meskipun ada pihak yang mahu YDPA bubar parlimen dan mahukan pilihanraya semula, malangnya ini tidak boleh berlaku kerana;

1. YDPA tidak boleh bubar Parlimen sekiranya tidak dinasihatkan oleh Perdana Menteri (PM) untuk berbuat demikian;

2. Walaupun kuasa bubar/ tidak bubar Parlimen adalah di bawah kuasa budi bicara YDPA, ia hanya boleh dilakukan selepas beberapa syarat di bawah Perlembagaan dipatuhi seperti;

3. ‘Hung Parliament’ atau Parlimen tergantung, tiada majoriti yang jelas. YDPA boleh arah bubar Parlimen, selepas dinasihatkan oleh PM. Namun ini tidak berlaku kini di Parlimen kita kerana terdapat majoriti yang jelas;

4. Jika berlaku undi tidak percaya ke atas PM dan PM mahu Parlimen dibubarkan, YDPA boleh berkata “NO, YOU STEP DOWN, I WILL NOT DISSOLVE THE PARLIAMENT!”

5. Ternyata kuasa untuk bubar/ tidak bubar Parlimen adalah di atas budi bicara YDPA, tetapi hanya selepas beberapa tatacara Perlembagaan dipatuhi, mengikut kesesuaian keadaan. Ia bukan hak mutlak YDPA.

6. Namun untuk saja-saja mana-mana Ahli Parlimen mahu YDPA bubar Parlimen itu tidak boleh berlaku dan mustahil.

7. Pembubaran Parlimen hanya boleh berlaku atas NASIHAT Perdana Menteri sahaja. Pendek kata, Perdana Menteri holds the key, but only YDPA can open the door.

8. Ternyata Perlembagaan kita memberi kuasa yang sangat besar kepada Perdana Menteri. Mungkin disebabkan itu PM digelar ‘Orang Nombor 1’ dalam negara.

Foto: FB JUMPA KAT MAHKAMAH

Sumber: FB JUMPA KAT MAHKAMAH

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi