Siakap Keli
Foto: east2west news

Dianggap Terlalu Tua Untuk Sertai Perang Dunia Ke-2, Manusia Tertua Di Dunia Meninggal Dunia

Appaz Iliev, seorang pesara dari Rusia yang didakwa sebagai manusia paling tua di dunia dilaporkan telah pun meninggal dunia pada usia 123 tahun baru-baru ini.

Beliau dikatakan telah dilahirkan pada bulan Mac 1896 di Republik Ingushetia, berhampiran dengan Georgia. Ketika hayatnya, Iliev pernah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama, namun tidak dibenarkan menyertai Perang Dunia Kedua kerana dikatakan terlalu tua.

Foto: east2west news

Selepas itu, beliau telah menghabiskan usianya dengan melakukan kerja-kerja bertani serta pengembala. Walaubagaimanapun, menurut laporan Daily Mail, umur Iliev tidak dapat disahkan berikutan rekod kelahirannya sudah hilang.

Beliau pernah ditanya mengenai rahsia umurnya yang panjang, dan Iliev memberitahu beliau akan tidur selama 11 jam setiap malam serta hanya memakan sayuran segar dari kebun miliknya sahaja apabila semakin berusia.

Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, lelaki ini telah meninggalkan lapan orang anak, 35 orang cucu, 34 cicit dan beberapa orang piut(anak kepada cicit).

Foto: Guinness World Records

Selepas kematian Iliev, status sebagai manusia tertua di dunia kini dipegang oleh Kane Tanaka(gambar), wanita dari Jepun yang berusia 116 tahun hari ini.

Sumber: Daily Mail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi