Siakap Keli
Gambar: Bidadari.My

Hargai Buah Pinggang Anda, KKM Kongsi 6 Simtom Penyakit Buah Pinggang Kronik

Seperti yang kita ketahui, buah pinggang merupakan salah satu organ yang penting dalam badan manusia yang berfungsi untuk mengekalkan kandungan air dalam badan dengan menghasilkan urin dan berfungsi mengeluarkan kekotoran ataupun toksik serta berfungsi untuk mengeluarkan zat-zat yang tidak diperlukan badan.

Dengan erti lain, buah pinggang ini berfungsi sebagai penapis untuk kandungan yang berada pada dalaman anda. Peranan yang dimainkan oleh buah pinggang amat penting sekali buat tubuh badan seseorang itu. Ramai yang ambil mudah tentang penjagaan yang perlu dilaksanakan bagi menjaga buah pinggang kita.

Disebabkan itu, penjagaan buah pinggang perlu dititik beratkan bagi mengelakkan kita daripada mengalami penyakit kronik yang tidak ingini ini berlaku ke atas tubuh kita. Seperti mana-mana penyakit, penyakit buah pinggang ini juga boleh dicegah jikalau ianya ditemui dengan lebih awal.

Untuk mencegah penyakit ini, anda perlu tahu simptom-simptomnya terlebih dahulu. Kementerian Kesihatan Malaysia ada mengongsikan tentang simptom penyakit buah pinggang kronik di laman Facebooknya. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, segeralah dapatkan rawatan menerusi doktor-doktor yang terdapat di hospital mahupun klinik yang berdekatan dengan rumah anda.

Mengamalkan gaya hidup tidak sihat menjadi punca pelbagai penyakit termasuk kerosakan buah pinggang.

Apabila buah pinggang anda disahkan rosak, tiada lagi rawatan untuk memulih organ berkenaan.

Jadi, hargailah buah pinggang. Amalkan gaya hidup sihat seperti jaga pemakanan seharian dan bersenam setiap hari.

Mengambil suplemen dan mengguna produk komestik tidak berdaftar yang mengandungi bahan terlarang secara berterusan juga boleh menjejaskan buah pinggang anda.

Gambar: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right