Siakap Keli

Ini Rupanya Syarikat Sebenar Pemilik ‘Avengers Headquaters’ Dalam Marvel End Game

Buat mereka yang sudah menonton filem The Avengers: End Game, anda sudah tentu perasan dengan lokasi markas adiwira fiksyen penyelamat dunia yang serba canggih dan terletak di pinggir sebatang sungai.

Hasil selidikan yang dibuat oleh seorang peminat filem berkenaan yang kemudian turut dilaporkan oleh pelbagai portal media antarabangsa, ibupejabat Avengers itu sebenarnya merupakan sebuah pejabat syarikat daripada China yang terletak di Georgia, Amerika Syarikat.

Sany Heavy Industry Co, syarikat yang dinyatakan sebagai pemilik kepada kemudahan tersebut merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan jentera-jentera berat.

”Benar. Produksi Avengers telah menyewa kemudahan ibu pejabat Sany Heavy Industry di Amerika Syarikat untuk tujuan penggambaran.

”Syarikat daripada China itu telahpun menandatangani perjanjian dengan produksi Avengers supaya menyimpan rahsia, itu sebabnya perkara ini tidak diketahui oleh orang awam,” kata salah satu sumber seperti dilaporkan oleh Global Times.

Selepas tamat penggambaran di kemudahan berkenaan, rekaan dan susun atur dalaman pejabat itu dikembalikan kepada keadaan asal oleh pasukan produksi Avengers.

Ditubuhkan pada 1989 di wilayah Hunan, China, Sany Heavy Industry ketika ini merupakan salah satu syarikat utama dunia yang terlibat dalam penghasilan jentera-jentera dan mesin-mesin berat bagi kegunaan industri.

Manakala ibu pejabatnya yang terletak di Amerika Syarikat itu mempeunyai saiz 340,000 kaki persegi bagi tujuan pengeluaran manakala 60,000 kaki persegi lagi digunakan untuk urusan pejabat.

Sumber: Global Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.