Siakap Keli
Gambar: Metro.co.uk

Jemur Perabot Mahal Luar Rumah, Pembantu Diikat Kejam Di Sebuah Pokok Besar Oleh Majikan

Tular di media sosial, gambar  seorang wanita dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah diikat badannya di sebuah pokok di Arab Saudi.  Menurut laporan media, insiden ini terjadi kerana majikannya marah terhadap tindakannya membiarkan perabot mahal dijemur di luar rumah, di bawah sinaran matahari.

Gambar: Metro.co.uk

Berikutan peristiwa yang menimpa dirinya, mangsa berharap bekas majikannya itu akan menerima karma atas perbuatan yang dilakukan. Menurutnya lagi, majikannya mempunyai kesihatan yang tidak baik adalah kerana sikapnya yang kejam dan keras ke atas orang bawahan.

“Terus potong gaji kami. Inilah sebabnya mengapa anda mempunyai kesihatan yang tidak baik. Itulah karma untuk semua perkara yang tidak baik yang sudah anda lakukan”.

Sedar akan kejadian tersebut, rakannya membantu meminta bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina untuk membantu mangsa pulang ke negaranya. Menurut jurucakap Filipina, mangsa telah tiba di Manila pada jam 8.55 malam pada 9 Mei 2019.

Sumber: Metro.co.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa