Siakap Keli

Kajian Saintis Dakwa Pasangan Baru Timang Cahaya Mata Adalah Orang Paling Sengsara

Satu kajian yang telah ditulis di dalam jurnal Demography menyatakan bahawa ibu-bapa yang baru menimang cahaya mata merupakan orang yang paling sengsara. Pengkaji dari Canada itu, Rachel Margolia menulis “Parental Well-Being Surronding  First Birth as a Determinant of Further Parity Progression” membuat perbandingan antara Jerman dan Jepun dalam kajian ini.

Para penyelidik berusaha untuk memahami dan melihat perbezaan situasi dimana ada yang sangat mengkehendaki anak-anak berbanding dengan mereka yang tidak mahu anak-anak. Mereka juga melihat berapa bilangan anak yang dikehendaki oleh responden.

Orang Jerman secara purata menyatakan mereka mahukan dua anak sahaja. Statistik ini mencadangkan bahawa sejumlah besar masyarakat Jerman inginkan anak-anak selepas mereka melahirkan anak pertama.

Untuk mengumpul data, pengkaji bertanya kepada responden tentang ‘kesejahteraan keseluruhan’ sepanjang lima tahun yang merangkumi tiga tahun pertama sebelum kelahiran anak pertama dan dua tahun selepas itu.

Penurunan kebahagiaan ibu bapa yang baru dilaporkan adalah kerana faktor tidak mampu tidur dengan tenang pada waktu malam, perlu berurusan dengan lampin dan kotoran setip hari. Kajian ini turut menunjukan kebimbangan kerana ketidakbahagiaan itu berlanjutan selama dua tahun dan ia dianggap kesengsaraan terbesar ibu bapa.

Jadi, ada kemungkinan terjadi kemurungan, kesepian dan pergaduhan dengan pasangan jika ada daripada anda yang merancang untuk mempunyai anak pada masa depan.

Kajian ini ditegaskan hanya merangkumi ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata dan bukan pasangan yang sudah lama berkahwin dan mempunyai ramai anak. Kajian itu akan turut menyelidik lebih lanjut tentang ‘pengalaman ibu bapa sepanjang hayat yang mempengaruhi kelakuan kesuburan’.

Sumber: Vice.com

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia