Siakap Keli

Kenapa Perlu Pejam Mata Ketika Bersin, Ini Jawapannya

Bersin merupakan perbuatan spontan yang dilakukan oleh manusia. Bersin adalah disebabkan ruangan hidung terdedah kepada habuk atau lada dalam kadar yang banyak. Kebiasaannya, manusia bersin sekitar 5000 titisan lendir dan udara dengan kelajuan 100mph.

Ketika bersih, kebiasaannya dada akan berkembang sebagai tindak balas, paru-paru akan diisi udara sehingga melepaskan bersin keluar daripada badan manusia. Namun begitu, sedarkah bahawa setiap kali bersin, kita akan menutup mata?

Gambar: Hello Sehat

Bersin dengan menutup mata merupakan tindak balas yang normal namun menjadi tanda tanya kenapa kelopak mata akan tertutup.

Tindakan spontan ini sebenarnya adalah untuk menghalang daripada kuman-kuman daripada bersin tidak terkena kepada mata manusia. Selain itu, kelopak mata ditutup semasa bersin adalah kerana salah satu otot tegang ketika tindak balas tersebut.

Jadi, sekarang dah tahu kenapa kita setiap kali bersin tertutup matakan?

Sumber: BBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa