Siakap Keli

LGBT: George Clooney Beri Amaran Kepada Malaysia Dan Indonesia, Jangan Ikut Brunei

Isu LGBT menjadi topik perbualan hangat di seluruh dunia. Di kala ada kelompok-kelompok agamawan dan pengamal perubatan ingin menyekat penyebaran gejala ini, golongan yang mendakwa mereka sebagai pejuang hak asasi manusia menentang sekatan itu. Alasannya, itu hak mereka untuk menentukan orientasi seksual masing-masing.

George Clooney dan Ellen DeGeneres sebelum ini pernah menyuarakan penentangan kepada Sultan Brunei atas cadangan pelaksanaan hukuman rejam kepada golongan yang melakukan hubungan sejenis dan zina.

Ellen telah menyenaraikan hotel-hotel milik kerajaan Brunei untuk diboikot oleh pengikut-pengikutnya.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 72 baru-baru ini menyatakan penangguhan bagi pelaksanaan hukuman syariah tersebut hingga suatu masa akan datang.

Merujuk kepada penangguhan tersebut, George dan Ellen menyifatkannya sebagai satu kejayaan bagi mereka dalam memberi ancaman kepada kerajaan negara tersebut bagi membatalkan hukuman yang dikatakan ketinggalan zaman tersebut.

“Tindakan memboikot hotel yang dimilikinya tidak terlalu memberi kesan kepada orang kaya (Sultan Brunei),” kata George.

Tambahnya lagi, “Anda tak boleh malukan orang yang jahat. Tapi anda boleh malukan orang yang berurusan dengan penjahat tersebut,” kata George.

Gerakan memboikot negara kecil itu dianggap berjaya apabila beberapa bank dan syarikat korporat besar dunia turut berhenti berurusan dengan negara tersebut antaranya ialah;

  • STA Travel, syarikat perkapalan berhenti menjual kapal terbang kepada Royal Brunei Airlines
  • Virgin Australia Airlines menghentikan penawaran tiket diskaun Royal Brunei Airlines kepada kakitangan mereka
  • Transport for London (TfL) membuang iklan mempromosikan Brunei sebagai destinasi perlancongan

Bukan itu sahaja, seramai 50,000 orang turut menandatangani petisyen menuntut Univerisit Oxford menarik balik ijazah kehormat yang diterima Sultan Hassanal Bolkiah yang diperoleh pada tahun 1993 dalam Diploma Undang-undang Sivil.

Selain mereka, Elton John, Dua Lipa dan Billie Jean King antara selebriti yang menyokong pemboikotan tersebut.

“Kejayaan ini memberi amaran kepada negara seperti Indonesia dan Malaysia yang mempertimbangkan undang-undang ini,” kata George.

“Kita boikot untuk memalukan mereka,” ujar Ellen.

Sumber: The Ellen Show, The Jakarta Post

Amira

Love yourself.