Siakap Keli

“Mujur Dia Cepat Bangun,” Terhibur Gelagat Peserta Lumba Lari Melatah Sampai Rebah Atas Trek

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penyakit latah sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Penyakit yang dikatakan berpunca dari keturunan dan ikutan masyarakat itu juga dikatakan boleh membuat individu yang berada di sekeliling si ‘pelatah’ ketawa terbahak-bahak.

Terbaru, telah tular satu video acara lumba lari di laman Twitter dengan mendapat 13,271 retweets dan 121,000 tontonan.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu memaparkan salah seorang peserta yang menyertai acara lumba lari dikatakan seorang pelatah. Di awal video peserta yang memakai bib kuning itu kelihatan sedang bersedia apabila dengar teriakan dari pengadil yang menyebut ‘ready‘.

Namun setelah pengadil memetik picu pistol menandakan acara tersebut telah bermula, lelaki tersebut kelihatan terkejut dengan bunyi tembakan pistol sebelum melatah dan merebahkan badannya di atas trek larian.

Walaupun begitu, pada saat ke 7 kelihatan dia mula bangun dan terus berlari mengejar lawan yang telah meningalkannya di belakang.

Lebih melucukan lagi apabila rata-rata netizen meninggalkan komen yang menghiburkan.

Sumber: Manglaksa

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"