Siakap Keli

Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Setengah Bulan Gaji

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian berkenaan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

“Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah merupakan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam sempena menyambut ketibaan hari lebaran pada kali ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata pembayaran Bantuan Khas Kewangan tersebut akan dibuat dua kali iaitu pada 21 Mei ini sebanyak RM500 dan bakinya akan dibayar selewat-lewatnya 31 Mei kepada seramai 19,602 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Beliau berkata semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan itu boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Pindaan). – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di