Siakap Keli

“Remaja Ketagih Nikotin Berisiko Terjebak Dengan Dadah,” Kajian 300,00 Pelajar Malaysia Guna Rokok Elektronik

Penggunaan rokok elektronik semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tambahan pula, jenama-jenama tempatan turut tumbuh bagaikan cendawan dan sangat mudah untuk didapati di kedai-kedai vape dan juga secara dalam talian.

Disebabkan terlalu mudah untuk dibeli, pelajar-pelajar sekolah dibawah umur 18 tahun juga sudah mampu untuk mendapatkannya. Mengikut kajian yang dilakukan TECMA, kira-kira 300,000 pelajar sekolah di Malaysia menggunakan rokok elektronik.

Mengikut kajian itu juga, 40.9% menggunakan 1 kali sehari manakala 33.9% menggunakan 2-5 kali sehari. Menurut kenyataan Public Health Malaysia, rokok elektronik bukan sekadar wap air berperisa, ia mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.

Pendedahan nikotin kepada otak pelajar boleh mengganggu perkembangan otak. Selain itu, remaja yang telah terjerat dengan ketagihan nikotin berisiko untuk terjebak dengan ketagihan dadah lain.

Sumber: Public Health Malaysia, TECMA 2016

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)