Siakap Keli

“Rendang Saya Tak Rangup,” Pernah Tular Kerana Rendang Tak Rangup, Zaleha Lancar Buku Masakan Sendiri

Masih ingatkah anda dengan Zaleha Olpin? Ya, wanita yang berjaya menggemparkan dunia dengan resepi ayam rendangnya di Masterchef UK tahun lepas. Niat Zaleha ingin memperkenalkan masakan kebanggaan Malaysia iaitu nasi lemak dihidangkan bersama ayam rendang nyata ‘menjadi’ namun dengan cara yang tidak disangka.

Zaleha telah disinggirkan selepas juadah yang disediakannya tidak menepati selera juri. Namun apa yang mencetuskan ‘kebangkitan’ masyarakat adalah ketika rendang yang dimasaknya dikatakan tidak rangup. Kata-kata juri itu lantas mengundang kritikan dari seluruh rantau Asia dan menjadi berita hangat di semua media Antarabangsa.

Gambar : BBC

Setiap yang berlaku pasti hikmah yang tersirat, dengan tanda palang #rendangisnotcrispy yang menghiasi semua platform sosial, nama Zaleha yang berasal dari Pahang itu mula dikenali di seluruh dunia. Malah persitiwa itu nyata dapat menyatukan ‘hati’ masyarakat serumpun Asia terutamanya Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Lebih menarik, terdapat ramai selebriti mahupun figura terkenal dunia turut memberi sokongan kepada Zaleha, alangkah bertuahnya!

https://www.instagram.com/p/BxXas7vBfAL/

Zaleha sememangnya aktif di media sosialnya berkongsi resepi dan tips masakan. Terkini, Zaleha telah membuat pengumuman di laman Facebook dan Instagramnya mengenai buku masakan terbarunya yang diberi nama “My Rendang Isn’t Crispy”.

Gambar : Zaleha Kadir Olpin

Zaleha menzahirkan rasa teruja setelah sekian lama menunggu karyanya itu diterbitkan. Beliau mengatakan bahawa buku berkenaan akan berada di pasaran Asia sekitar bulan Julai manakala di United Kingdom pada 16 September ini.

Sumber : Zaleha Kadir Olpin

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.