Siakap Keli

“Saya Tak Pernah Benci Siapa Yang Buat Saya Begini”, Hilang Sebelah Kaki Terpijak Periuk Api, Salah Gembira Dapat Kaki Palsu

Kanak-kanak berusia sembilan tahun yang bernama Salah Al Wahbei kembali tersenyum selepas menerima kaki palsu dan menyatakan dengan bangganya bahawa: “Bila saya sudah dewasa nanti, saya mahu menjadi seorang doktor.”

Salah merupakan pesakit yang ke-658 mendapatkan rawatan akibat daripada tercedera daripada letupan periuk api di klinik tersebut.

Pakar menganggarkan bahawa lebih daripada sejuta periuk api telah ditanam di Yemen. Ribuan daripadanya didapati periuk api yang diperbuat pada tahun 1957 ketika era Soviet Union dahulu.

Sebuah organisasi pakar, yang telah membabitkan seorang bekas tentera dan juga wira perang British, telah mengambil inisiatif untuk mengelakkan kanak-kanak seperti Salah daripada menderita akibat daripada peperangan yang melanda negara itu.

Difahamkan, sepuluh tahun sebelumnya sejumlah 69,000 periuk api yang tertanam di negara tersebut telah berjaya dimatikan walaupun beberapa nyawa dilaporkan terkorban akibat daripada melakukan kerja yang merbahaya itu.

Di hospital Marib itu, terdapat juga beberapa mangsa yang tidak dapat diselamatkan akibat daripada terkena letupan periuk api tersebut.

Banyak cerita-cerita yang sedih dan menyayat hati telah diceritakan oleh kebanyakan mangsa-mangsa yang datang ke hospital tersebut.

Salah satu cerita yang sedih akibat daripada peperangan ini ialah cerita mengenai kanak-kanak bernama Salah yang merupakan seorang mangsa letupan periuk api berdeketan rumahnya.

“Saya tidak pernah tahu apa-apa mengenai periuk api sebelum ini, malah saya juga tidak tahu bagaimana rupanya dan apa kesannya,” ujar Salah.

“Saya sedang bermain dengan kawan-kawan saya berdekatan dengan rumah saya dan secara tidak dijangkanya saya telah memijak salah satu daripada periuk api yang terdapat disitu.

“Saya rasa saya masih lagi mempunyai keberanian untuk hidup dan saya tidak pernah membenci pun pada siapa yang buat begini kepada saya, saya cuma mahu menikmati hidup ini sahaja.

“Saya mahu menjadi seorang doktor apabila saya sudah dewasa nanti.”

Abangnya Ali, 18, kini tinggal bersamanya di dalam sebuah bilik yang berdekatan dengan hospital yang merawatnya.

Masa perjalanan untuk ke rumah keluarganya mengambil kira-kira 3 jam daripada sini dengan menggunakan bas.

Doktor yang merawatnya tersenyum dan berkata: “Salah atau namanya yang lebih selesa dipanggil sebagai ‘Mo’ merupakan seorang yang sangat berani dan dia banyak menunjukkan kemajuan dengan sangat baik.

“Dia kini boleh berjalan dengan agak baik menggunakan kaki palsunya itu.”

Di Yemen, sembilan orang wanita daripada sejumlah 658 orang mangsa yang telah kehilangan anggota badan dan dirawat di klinik Yemen itu terdiri daripada umur diantara 14 sehingga 60 tahun.

Gambar: Mirror

Kebanyakan mangsa yang mendapatkan rawatan tersebut datang dari seluruh pelusuk Yemen, daripada daerah selatan Aden sehinggalah utara San’aa.

“Sesetengah daripada mereka terpaksa merantau selama 20 jam menaiki bas untuk mendapatkan rawatan.

Rata-ratanya yang datang mempunyai kecederaan yang teruk di bahagian kaki mereka kerana terpijak periuk api yang sukar untuk dilihat,” tambah doktor tersebut.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right