Siakap Keli

Siapa Sangka Rupanya Kita Boleh Kembali Dalam Mimpi Lepas Bangun Tidur Dengan Posisi Ini

Mimpi merupakan perbuatan dibawah separuh sedar yang melihatkan pendengaran, penglihatan, fikiran atau perasaan ketika tidur. Mimpi dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu mimpi yang mengembirakan, menyedihkan, mengecewakan atau yang menakutkan. Bagi mimpi yang mengembirkan, sudah pasti anda tidak mahu terjaga daripada tidur. Ini kerana anda tidak ingin terlepas peluang mengalami perasaan gembira walaupun ianya cuma mimpi.

Mimpi juga dapat mempengaruhi kehidupan harian seseorang. Oleh itu, mimpi sangat penting dan amat menyedihkan sekiranya terjaga daripada mimpi yang indah dan mengembirakan.

Sudah pastinya anda ingin masuk semula ke dalam mimpi tetapi anda menyangkak tidak akan dapat berbuat demikian. Namun begitu, tahukah anda bahawa kita mampu untuk kembali ke dalam mimpi semula setelah terjaga daripada tidur?

Gambar: Gaya-Tempo.co

Sekiranya anda terjaga dan ingin kembali ke dalam mimpi tersebut, anda tidak boleh bergerak dan perlu kekal pada posisi tidur anda.

Perkara ini kerana pergerakan tubuh boleh memutuskan hubungan antara mimpi. Anda juga tidak digalakkan membuka mata dan sekiranya terbuka mata, anda perlu segera menutupnya dan kembali memikirkan tentang mimpi yang anda alami sebentar tadi.

Oleh demikian, jika anda berniat untuk meneruskan mimpi anda, jangan gerakkan otot setelah terbangun daripada tidur.

Sumber: Wonderpolis

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa