Siakap Keli

Tak Ingat Ada Sisa Onigiri Ayam Dalam Beg, Pelancong Malaysia Tak Pasal Didenda RM4 Ribu

Setiap tempat ataupun kawasan memperuntukkan larangan serta peraturan. Peraturan dilaksanakan untuk tujuan-tujuan tertentu terutamanya faktor keselamatan dan kesihatan. Itulah yang perlu diketahui oleh pelancong-pelancong yang mempunyai niat untuk melancong terutamanya ke negara lain. Jika peraturan atau undang-undang itu tidak dituruti, kita boleh dihukum mengikut hukuman yang telah ditetapkan bagi sesebuah negara itu.

Begitulah yang terjadi kepada pelancong Malaysia yang pergi ke Taiwan. Seorang individu bersama tiga orang rakan sekerja pergi ke Kaohsiung dan ditahan kerana membawa makanan ke negara tersebut. Makanan yang dimaksudkan ialah ayam Onigiri yang dibeli lebih awal untuk dijamah ketika berada di atas pesawat.

Gambar: Pickled Plum

Akibat lupa mengenai makanan ringan tersebut yang masih berbaki, beliau ditahan dan diperiksa beg yang dibawa oleh pegawai kastam. Setelah diperiksa, pegawai kastam mendapati terdapat onigiri di dalam beg milik suspek dan memberitahu mengenai larangan membawa daging masuk ke dalam negara itu.

Gambar: SimpleNews

Akibat daripada itu, dia didenda sebanyak RM4040 atas kesalahannya membawa makanan berdaging ke dalam negara itu mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Pencegahan dan Pengurusan Penyakit Haiwan Berjangkit.

Menurutnya, dia masih lagi bernasib baik kerana tidak membawa daging babi ke dalam negara itu kerana denda yang dikenakan adalah lebih tinggi iaitu RM134, 133.

Taiwan telah memperuntukkan peraturan tersebut bagi mencegah Penyakit Kaki dan Mulut serta Demam Babi Afrika. Larangan tersebut termasuklah bahan-bahan seperti sayur-sayuran serta buah-buahan. Larangan tersebut telah diwar-warkan di lapangan terbang serta di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, pesalah mengakui bahawa dia terlupa bahawa dia mempunyai sisa-sisa onigiri didalam beg.

Sumber: SimpleNews

syafiq halim

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di