Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tidur Lepas Sahur Berisiko Bawa Maut, Ini Penjelasan Doktor

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah menyatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud :

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat”

Amalan bersahur dikaitkan dengan kebaikan, rahmat, kebaikan dari-Nya. Dan hari ini, sudah masuk hari ke sepuluh kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Setiap pagi, pastinya menjadi kebiasaan sesetengah orang, akan bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur.
Bersahur ini sememangnya perkara sunat yang digalakkan kepada umat Islam. Justeru, ramai yang akan dikejut oleh ibu mahupun pasangan sendiri untuk menjamu selera memenuhi tuntutan tersebut. Hatta minum seteguk air sekali pun.
Namun, selalunya, selepas selesai makan, kebanyakkan dari kita akan terus kembali ke bilik untuk sambung semula ‘mimpi’ yang tergendala sebentar tadi.
Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa kesan negatif terhadap kesihatan tubuh baik jangka pendek mahupun jangka panjang sekiranya anda terus tidur ketika bersahur.

Mengapa tidur sejurus selepas sahur berbahaya?

Setelah anda makan, perut akan mencerna makanan menjadi pecahan nutrien. Nutrien inilah yang akan diserap tubuh. Makanan kaya karbohidrat dan lemak memerlukan waktu minima 2 jam untuk dicerna. Proses pencernaan ini memerlukan bekalan darah yang banyak, disebabkan itu setelah makan anda disarankan untuk tidak terus melakukan aktiviti lain yang memerlukan bekalan darah yang banyak, seperti bersukan.

Apabila anda tidur dalam masa 2 jam setelah makan, saluran pencernaan belum sempat mencerna makanan, yang akhirnya akan menyebabkan gangguan saluran pencernaan dan penyerapan nutrien tubuh. Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.

Kesan negatif tidur sejurus selepas sahur

1. Pertambahan lemak

Terdapat kajian yang mendapati bagi mereka yang mempunyai sejarah keturunan keluarga gemuk, kebiasaan tidur setelah makan sahur dapat meningkatkan risiko mengalami kegemukan sebanyak 2 kali ganda. Lebih-lebih lagi dengan pengambilan makanan berlemak atau makan makanan yang digoreng. Hal ini boleh memburukkan keadaan kesihatan terutamanya yang sedang diet dan ingin melangsingkan tubuh.

Gambar : Spripoteka

Ini disebabkan karena sewaktu tidur, tubuh anda secara automatik akan memerlukan hanya sedikit tenaga, kesannya makanan tidak akan dimanfaatkan sebaliknya bertimbun menjadi lemak. Akhirnya risiko mengalami obesiti dan kegemukan pun semakin meningkat.

Jeremy Barnes, professor dari Southeast Missouri State University pun menjelaskan pada saat tidur terdapat peningkatan kadar hormon grehlin, yang boleh membuatkan orang merasa lebih lapar ketika bangun. Jadi, berpuasa tidak akan menurunkan berat badan jika anda tidak mengatur menu dan tabiat harian dengan sihat.

2. Peningkatan asid perut

Proses pencernaan yang melibatkan makanan meransang pengeluaran asid perut. Setiap kali makanan masuk ke dalam badan, asid perut pun akan meningkat. Apabila makanan tidak tercerna dengan sempurna, asid perut boleh menyebabkan keradangan dinding perut. Simptomnya sakit di sekitar hulu hati atau perut kiri bahagian atas, atau rasa panas pada dada. Oleh itu, berhati-hati bagi mereka yang memiliki penyakit gastrik.

Gambar : WebMD

3. Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau refluks asid perut

Refluks asid terjadi kerana laluan antara perut dan kerongkong tidak tertutup secara sempurna. Hal ini biasanya disebabkan oleh pengaruh graviti iaitu perubahan posisi. Posisi berbaring boleh menyebabkan makanan yang belum sempurna dicerna mungkin berbalik daripada perut ke kerongkong. Makanan ini membawa sekali asid perut, yang boleh menyebabkan keradangan, bahkan luka pada kerongkong.

Gambar : The Diagnosa

Rasa panas di dada, sakit kerongkong, mual, sendawa dan mulut terasa pahit adalah simptom-simptom yang menunjukkan adanya refluks. Hal ini sudah tentu menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu berpuasa. GERD boleh dicegah dengan menunggu makanan tercerna sempurna dahulu sebelum memutuskan untuk tidur.

4. Gangguan saluran pencernaan

Kebiasaannya, pengosongan perut manusia berlangsung sekitar dua jam setelah makan. Namun posisi berbaring sewaktu tidur boleh mengganggu proses pengosongan perut tersebut. Jika hal ini berterusan berlaku, maka gangguan pencernaan seperti cirit-birit ataupun sembelit boleh terjadi bergantung kepada bahan makanan yang masuk ke dalam perut anda.

Oleh itu, anda disarankan untuk mencegah makanan kaya lemak, kaya gula, dan kafein dalam menu sahur. Perbanyakkan makan buah dan sayur agar proses pencernaan menjadi lancar.

5. Strok

Strok merupakan penyakit berbahaya yang ditakuti ramai orang. Strok terbahagi kepada 2 iaitu strok penyumbatan (ischemic) dan strok perdarahan (hemorrhage). Jenis strok yang terkait dengan kebiasaan tidur setelah makan adalah stroke penyumbatan. Alasannya cukup jelas, iaitu sewaktu tidur, aliran darah ke otak harus tetap berterusan mengikut keperluan. Apabila perut juga sedang menjalankan aktiviti iaitu mencerna makanan, maka bekalan aliran darah menjadi terbahagi.

Gambar : Mayo Clinic

Dalam jangka panjang, bila kebiasaan ini diteruskan, otak mungkin kekurangan oksigen dan menyebabkan strok. Oleh itu, hindari kebiasaan tidur setelah makan, terutama sewaktu makan sahur untuk puasa.

Bahaya tidur setelah makan sahur ini tidak boleh dipandang enteng. Jadi, jangan biasakan diri dengan tabiat yang merugikan kesihatan anda. Lebih baik lakukan hal yang bermanfaat setelah sahur, seperti mengaji, membaca, dan berzikir.  Jom berpuasa dengan lebih sihat.

Sumber : Hello Doktor

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.