Siakap Keli
Worldofbuzz

(Video) 10 Tahun Kumpul Duit Dalam Pasu, Rahsia Suami Terbongkar Jumpa Wang Kertas Bertaburan

Dalam setiap perkahwinan sudah pasti ada rahsia yang kita akan sorokkan dari pasangan. Bagi pasangan yang telah berkahwin di Guilin, Guangxi, China ini rahsia yang disimpan kemas oleh si suami terbongkar setelah anak mereka tanpa sengaja memecahkan sebuah pasu bunga yang dipenuhi dengan wang kertas.

China Press

Kejadian disedari oleh isterinya apabila mendengar bunyi benda jatuh dan pecah dengan kuat di lantai yang datang dari arah ruang tamu. Semasa menuju ke ruang tamu dia sudah mengesyaki anaknya memecahkan sesuatu di sana. Setelah dia sampai di ruang tamu tersebut, dia terkejut kerana melihat banyak wang kertas yang keluar dari pasu bunga yang pecah itu.

China Press

Wanita tersebut berkata, “Saya sedang berada di bilik apabila mendengar sesuatu pecah dari arah ruang tamu. Saya terus melompat dari katil dan terus berlari ke ruang tamu sebelum mendapati banyak wang kertas bertaburan di lantai berdekatan pasu bunga yang pecah itu. Kemudian, saya telah menghantar satu bentuk pesanan ringkas kepada suami supaya dia pulang dengan segera. Semasa dia menapak masuk ke rumah, saya perasan reaksi pada wajahnya mula berubah”.

Selepas melihat wang kertas yang bertaburan di lantai, lelaki tersebut mengaku bahawa duit tersebut merupakan wang simpanan yang dirahsiakan dari isterinya dan pasu tersebut digunakan untuk dia menyembunyikan wang tersebut. Dia juga mengaku wang tersebut telah disimpan sejak tahun 2006 semasa mereka mula-mula membeli rumah pertama mereka yang mereka diami sekarang dan rahsianya terbongkar selepas 13 tahun mereka tinggal bersama.

Menurut lelaki tersebut, “Saya menyimpan wang tersebut dari memakan makanan di luar dan saya tidak tahu nak rasa apa.”

Secara keseluruhannya, jumlah wang yang telah dikumpul oleh lelaki tersebut berjumlah $5000 Yuan kira-kira sekitar RM 3000. Bagi si isteri, pendedahan yang dibuat oleh sang suami pula seakan lucu dan kelakar kerana jumlah tersebut agak kecil.

“Dia hanya dapat menyimpan $5000 Yuan sahaja dalam tempoh 10 tahun. Betul-betul kelakar.”

Sumber: Elite Readers

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"