Siakap Keli
Foto: @jmcappiello

(Video) Tidak Berhati Perut, Lihat Reaksi Kecewa Beruang Dahaga Ini Selepas Ditipu Oleh Pelawat

Melawat pelbagai spesis haiwan pernah menjadi hiburan kepada kita sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Tentu ramai di antara kita yang berasa seronok dan teruja apabila ibu bapa atau pihak sekolah ingin membawa kita melawat ke zoo.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di laman media sosial Twitter, satu video yang memaparkan seekor beruang telah ‘dipermainkan’ oleh salah seorang pelawat di sana.

Dalam video itu yang dimuatnaik oleh julie marie(@jmcappiello) itu, kita dapat melihat seorang lelaki menuang satu botol minuman kosong kearah beruang yang menanti penuh harapan di bawahnya.

Menyedari dirinya ditipu selepas lelaki itu berhenti menuangkan botol berkenaan, beruang berkenaan menungkup mukanya ke dinding akibat kecewa dipermainkan.

Tindakan lelaki tersebut telah menerima kecaman ramai di mana ia dikatakan sebagai tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut.

Foto: @jmcappiello
Foto: @jmcappiello
Foto: @jmcappiello

Tidak kurang juga ramai di antara mereka yang menonton video ini mengaku ‘malu menjadi manusia’ dan mahu kegiatan mengurung atau menggunakan haiwan semata-mata untuk meraih keuntungan ini dihentikan serta-merta.

Sumber: Twitter @jmcappiello

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi