Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Ella Visser/@uwuvivian)

(Video)Momen-Momen ‘Cute’ Adik Pujuk Kakak Sedang Menangis Buat Hati Netizen ‘Cair’

Kasih sayang di antara adik-beradik memang tidak dapat dinafikan lagi. Bak kata pepatah “air yang dicincang tidak akan putus”, pertalian saudara ini akan sentiasa ada walau apa jua yang terjadi.

Sekiranya ada di antara kita yang mempunyai hubungan kurang baik dengan adik-beradik ketika ini, anda boleh ambil iktibar dari kasih sayang yang ditunjukkan oleh adik kecil dalam video di bawah kepada kakaknya.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter bernama Vivian(@uwuvian) ini memaparkan kejadian menyentuh hati yang berlaku ketika majlis sambutan hari kelahiran anak saudara perempuannya yang berusia 2 tahun.

Ketika orang ramai yang hadir pada majlis itu sedang menyanyikan lagu “Happy birthday” kepada adik tersebut, kakaknya pula sedang menangis teresak-esak di sisinya.

Si cilik comel itu kemudiannya telah meminta kakaknya itu untuk meniupkan lilin hari lahirnya bagi membuatkannya berhenti menangis dan kembali ceria.

Usaha itu dilihat berhasil apabila kakaknya tidak lagi menangis selepas itu. Kejadian ini dikatakan berlaku di negara Vietnam. Kiriman itu mendapat sambutan hangat apabila menerima lebih 34.5K re-tweet serta 65.1K tanda suka dan rata-rata penonton ‘cair’ dengan gelagat dua anak kecil ini.

Foto: @uwuvivian
Foto: @uwuvivian
Foto: @uwuvivian

Diharapkan apa yang ditunjukkan oleh mereka berdua dapat membuka hati sebahagian daripada kita untuk memperbaiki hubungan dengan adik-beradik yang lain. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sumber: Twitter @uwuvivian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi