Siakap Keli

(Video)”Pegang Anak Kau, Pegang…”, Kelam-Kabut Payung Khemah Hampir Terbang Ketika Bazar Dilanda Ribut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perit dan pasrah. Semalam merupakan hari yang menyakitkan buat peniaga-peniaga bazar Ramadhan Setia Tropika di Johor Bahru. Ribut kuat memusnahkan khemah-khemah dan hasil jualan. Habis hasil jualan mereka untuk hari tersebut.

Kedengaran seorang peniaga wanita dengan nada pasrah mengeluh..

“Habis, habis, habis…” 

Dalam video tersebut kelihatan para peniaga dengan cemas memegang dan ‘bergantung’ pada khemah masing-masing bagi mengelakkan khemah tersebut diterbangkan angin kuat.

“Pegang anak engkau, pegang anak engkau!” seru seorang wanita kepada rakannya.

“Ya Allah ampunkan kami ya Allah.. Allahuakbar..”

“Astarghfirullahala’zim..”

“Lailahaillallah.. Ya Allah ampunkan kami ya Allah..” 

Jumlah kerugian masih belum dikenalpasti.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri dan kawasan termasuk Johor Bahru yang dijangka berakhir pada 8 malam.

Setiap orang mempunyai perjuangan sendiri untuk terus hidup. Ada posmen yang meredah hujan untuk menghantar barang, warga emas yang mengorek tong sampah untuk cari barang kitar semula, pakcik tua yang kayuh basikal bawa besi buruk, buruh binaan yang bekerja di tempat risiko tinggi, bomba yang menggadaikan nyawa sendiri untuk keselamatan orang lain dan peniaga-peniaga jalanan yang terpaksa berhujan ketika mencari rezeki.

Oleh itu, berbuat baiklah sesama kita.

Marilah kita sama-sama doakan semoga para peniaga dipermudahkan urusan. Allah beri ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Semoga ada rezeki melimpah ruah buat semua mangsa selepas ini. Aamin.

Sebelum ini pada tahun 2010, tiga orang maut apabila ribut taufan secara tiba-tiba melanda sebuah Bazar Ramadhan di Jasin, Melaka ketika para peniaga sedang memasang khemah untuk berniaga.

*Sedih dan meremang rasa dengar tangisan mereka. Bagaimanalah kekacauan hari kiamat nanti..

Sumber: Mohamad Khairul Jacksparrow

Amira

Love yourself.