Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Sehingga Malam Ini Dikeluarkan Untuk Beberapa Kawasan Di Lima Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Terengganu dan Sabah sehingga jam 8 malam ini manakala negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga jam 7 malam ini.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu), Pedalaman(Kuala Penyu, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Sabah).

Turut dijangka kawasan yang mengalami ribut petir yang lain ialah Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang), Segamat, Kluang dan Mersing (Johor), Serian(Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri(Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang (Sarawak), Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) (Sabah)

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa