Siakap Keli
Gambar: Azuan Abdullah

“Bermodalkan 3,000 Anak Pokok Kini Sudah Bergelar Jutawan”, Lelaki Ini Kongsikan Tips Penanaman Nanas MD2

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua antara kita percaya, tiada jalan mudah untuk berjaya. Namun, semangat seorang petani moden ini membawa beliau ke jalan kejayaan selama 10 tahun betungkus lumus dalam menghasilkan tanaman nanas.

Sikap positif yang ada dalam diri membuatkan beliau terus cekal. Dengan bermodalkan  3,000 anak pokok, lelaki ini kongsikan tips macam mana nak berjaya hanya dengan hanya menanam nanas MD2 ini. Ilmu ini luas, lagi kita berkongsi lagilah ia berkat.

1. Belajar tanam dalam kuantiti yang sedikit

Cuba tanam dalam 1,000 ke 3,000 pokok dahulu. Guna sahaja modalyang ada ditangan, jangan berhutang dan tidak perlu tamak.

2. Belajar betul-betul mengenai pokok nanas MD2.

Bila dah kenal dan tahu apa yang pokok inginkan dan tahu apa risiko yang bakal hadapi. Jadikan ia sebagai panduan untuk masa akan datang.

3. Jaga pokok sentiasa subur dan sihat

Untuk dapatkan tanaman gred A, anda perlu target sehingga 95%. Jaga buah supaya berkualiti, manis dan cantik bentuknya. Untuk pelanggan berpuas hati.

4. Plan awal untuk jual secara runcit dahulu.

Sambil-sambil menjual secara runcit, binalah hubungan dengan serasmai yang boleh untuk memudahkan pemasaran nanti. Simpan database supaya boleh jual buah dan anak benih sekali.

Perkongsian ini daripada seorang rakannya yang telah lama berkecimpung dalam bidang pertanian nanas ini.

Jangan tanam terus satu ekar, biarlah tanam sikit-sikit dahulu.

1. lebih 50% dari kos tanaman adalah kos belian benih.

Jika tanam 1 ekar dengan kepadatan 14,688 pokok dan anggaran harga benih adalah RM1.50 / pokok. Maka kos belian anak benih adalah sebanyak RM22,032.00.

2. Kerugian ditanggung sendiri

Bayangkan jika pokok kita tu kena serangan penyakit, kena bencana atau hasil tak boleh jual. Berapa banyak kerugiaan yang kita terpaksa tanggung.Jika projek gagal, kerugian yang ditanggung lebih kurang RM9,000 sahaja berbanding RM40,000.00 jika kita tanam 1 ekar terus.

Jangan ingat tanam nanas MD2 ini terus kaya dalam jangka masa terdekat, selalunya selepas 5 tahun pasti berhasil.

Kenapa 5 tahun?

1. Tahun pertama tanam 3,000 pokok. Modal beli benih sekali je kita keluarkan. Anggaran benih RM1.50/pokok, maka kosnya adalah RM4,500.00

2. Lepas 1 tahun, kita dapat hasil. Andaikan 85% daripada pokok tersebut boleh keluarkan anak benih. Setiap pokok boleh hasilkan 5 anak benih. Maka kita akan dapat benih 12,750 pokok, dah dekat 1 ekar kita boleh tanam tu.

3. Tahun kedua kita tanam 12,750 pokok. Kita dah dapat jimatkan kos anak benih sebanyak RM19,125.00

4. Masuk hujung tahun ketiga kita dah dapat kutip buah daripada 12,750 pokok tu. Lepas kutip buah, mesti kita akan dapat anaknya pula. Andaikan 5 anak untuk satu pokok dengan perkiraan 85% daripada jumlah pokok. Maka, anak benih yang kita dapat adalah, 5 x 0.85 x 12,750 = 54,187 pokok.

5. Jadi, pada tahun keempat kita dapat tanam nanas MD2 sebanyak 54,187 @ 3.6 ekar dengan penjimatan kos belian benih sebanyak RM81,280.00

Setiap orang Allah kurniakan cara fikir tak sama. Ada orang yang positif dan ada juga yang negatif. Berkawanlah dengan orang yang positif dan tinggalkan mereka yang negatif. Usah buang masa berdebat dengan mereka. Jalan terus atas padang kita.

Bila orang datang kebun, bagilah mereka rasa hasil kebun kita, jangan kedekut. Banyakkan memberi. Percayalah, ianya tak rugi. Pasti Allah akan gandakan lebih banyak lagi dalam pelbagai bentuk yang tak terfikir dengan akal kita.

Sumber: Azuan Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang