Siakap Keli

China Menyekat Wikipedia Yang Disunting Dalam Bahasa Lain

China telah melarang dan menyekat ensiklopedia dalam talian dari masuk ke negara itu yang disunting menggunakan bahasa lain, lapor BBC.

Pengharaman yang dikuatkuasa sebelum ini menghalang pengguna dari melayari internet selain melihat versi China, serta halaman untuk mencari istilah carian sensitif seperti Dalai Lama dan pembunuhan Tiananmen.

Menurut Open Observatory of Network Interference (OONI) iaitu kumpulan kajian yang menyekat kemasukan sesuatu melalui internet ke negara China, penyekatan itu bermula sejak April. Namun, Yayasan Wikimedia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia tidak menerima sebarang notis tentang berita itu.

Wikipedia yang sudah turut sama bergabung dengan laman web lain yang diharamkan untuk diakses ke China seperti Google, Facebook dan LinkedIn memaksa pengguna internet untuk menggunakan rangkaian peribadi maya untuk memintas apa yang dikenali sebagai “Great Firewell” dari China.

Indeks Penerbit Bebas Tanpa Sempada 2019 meletakkan China pada kedudukan 177 daripada 180 negara yang dianalisis. Menurut kajian berasingan, China bukan hanya menerbitkan penapisan dalam negara tetapi cuba untuk menyusup ke media asing dalam usaha untuk menghalang kritikan dan penyebaran kritikal.

Sumber: Time.com

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia