Siakap Keli
Gambar Hiasan

Doktor Pesan Jangan Bersihkan Tahi Telinga, Elak Korek Telinga Dengan Benda Asing, Ini Penjelasannya

Kita selalu akan mengunakan besi atau ‘cotton bud’ untuk mencuci telinga kerana menggunakan kedua-dua alat ini akan membuatkan kita khayal seketika dengan kesedapan korekkan tersebut? Tapi tahukah anda ia akan mendatangkan masalah?

Doktor menegah anda dari mengorek telinga dengan objek asing kerana akan mengakibatkan lapisan lilin di lubang telinga menjadi mampat dan menyumbat telinga. Ia juga menyebabkan risiko kecederaan gegendang telinga pecah dan jangkitan.

Tetapi mengapa ramai yang suka mengorek telinga dan berasa “sedap” dengan tindakan tersebut?

Sebenarnya, rongga telinga memiliki sistem saraf yang sensitif dan kompleks. Rangsangan atau sentuhan kepada saraf ini memberi sensasi yang sedap dan seronok. Ia juga kawasan yang jarang disentuh, oleh itu ia amat sensitif. Sama seperti mengeletek ketiak anda.

Selain itu, ramai yang beranggapan lubang telinga perlu sentiasa dibersihkan. Apabila mula terasa gatal atau tidak selesa, anda merasakan ia perlu dibersihkan. Atau mungkin kerana namanya “tahi telinga”, oleh itu anda merasakan ia perlu di cuci.

Tahi telinga sebenarnya adalah sejenis lilin yang sangat penting dalam melindungi struktur dalaman telingan anda. Ia memiliki kandungan antibakteria yang mencegah jangkitan. Ia memerangkap habuk, serangga dan air dari masuk.

Sekiranya ia dibersihkan, anda telah hilang fungsi lilin istimewa ini. Jika anda ingin bersihkan rongga telinga, cukup dengan membersihkan kawasan luar telinga dengan tisu di hujung jari.

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang