Siakap Keli

Ini 5 Juadah Wajib Sambut Ramadhan Di Sarawak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dimana-mana pun juadah istimewa pastinya menjadi tarikan di bulan Ramadhan. Kalau di Johor, otak-otak amat digemari, di Kelantan kuih akok disukai. Malah masing-masing mempunyai juadah tersendiri. Sama ada juadah tradisi mahu pun juadah yang di cipta supaya nampak lebih gaya atau hipster.

Namun di Sarawak 5 juadah ini sangat digemari malah dicari bagi menambah selera berbuka. Bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Islam malah masyarakat bukan muslim juga mencari juadah ini kerana rasanya sangat sedap dan tersendiri.

Berikut saya senaraikan 5 JUADAH MESTI CUBA

1. Kuih Takir

Kuih yang dibuat dari tepung beras dan gula nipah (apong) sangat enak dijadikan santapan pembuka semasa berbuka puasa. Selepas merasai kemanisan kurma, saya akan menjamah kuih ini terlebih dahulu sebelum menunaikan solat maghrib.

Cikguemmet.com

Kuih ini hampir sama dengan tepung pelita. Tapi ia rasanya gula nipah membezakan kuih ini dengan kuih takir tepung pelita atau kuih sampan yang mengunakan gula melaka.

Di Sarawak kuih ini dibalut dengan daun nipah berbentuk perahu. Kuih Takir Usu Alos di kampung Jerijeh merupakan yang paling sedap pernah saya rasa. Tambahan pula bentuk perahunya yang kemas, isi kuih yang padat dan perbuatannya amat bersih, menjadikan ia pilihan masyarakat sekitar Belawai hingga Rajang.

2. Selorot

Kuih ini juga diasaskan dari gula apong dan tepung beras serta tepung jagung. Adunan di isi dalam corong yang dibuat dengan lilitan daun nipah. Menjadikan ianya unik.

Cikguemmet.com

Untuk memakan kuih ini juga memberikan cabaran kepada kita. Semasa saya mula-mula makan kuih ini saya selalunya membuka balutan nipah. Ini menyebabkan kuih itu patah.

Rupanya untuk makan kuih selorot kita hanya perlu memicit dibahagian bawah balutan dan menolak isinya ke atas.

3. Kuih Bongkol

Cikguemmet.com

Ini juga merupakan kuih terbaik yang pernah saya makan. Adunan tepung beras, santan, dan gula apong dibungkus dengan daun pisang yang dilipat seakan akan beg merupakan keunikan bentuk kuih ini.

Rasanya lemak dan manis. Memang sangat sedap dijadikan juadah berbuka.

4. Umai

Umai merupakan makanan tradisi masyarakat Melanau. Ia dibuat dengan hirisan isi ikan seperti ikan empirang, ikan gelama dan beberapa jenis ikan lain.

Cikguemmet.com

Hirisan ini diperap dengan beberapa bahan lain seperti hirisan bawang, cili dan perahan limau nipis. Ianya amat sedap diulam. Umai dikenali sebagai sushi sarawak.

5. Bubur Pedas

Bubur Pedas bukan lah seperti bubur lain yang kita pernah jumpa di semenanjung. Berbeza dengan bubur lambuk, bubur kacang atau bubur ayam.

Bubur Pedas ini mempunyai rempahnya sendiri yang diadun dengan kari dan beberapa bahan lain (mungkin beras yang dikisar) kemudian direndam sebelum dimasak bersama campuran sayur kacang panjang, sohon, tauhu keping dan lain lain bahan.

Reena Sidek

Nampak seolah-oleh kari tetapi ianya seperti bubur. Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Rasanya hmmm nikmat.

Itulah 5 juadah Sarawak yang boleh kita rasa jika berkunjung disini di bulan Ramadhan.

Kepada rakan-rakan dari Semenanjung yang baru sampai ke Sarawak di bulan mulia ini, pergilah ke bazar ramadhan dan cari lah 5 juadah ini untuk dirasai keenakannya.

Sumber: Cikgu Emmet

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"