Siakap Keli
ptr

Kerajaan Akhirnya Umum Bonus Raya Kepada Semua Penjawat Awam

Sempena hari raya yang bakal tiba, kerajaan berbesar hati memberikan bantuan khas kepada semua penjawat awam dan pesara pada 24 Mei ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman facebook rasminya sebentar tadi.

Bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM450 manakala pesara kerajaan pula akan menerima bantuan sebanyak RM225.

Difahamkan, bantuan bagi membantu persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.