Siakap Keli
Gambar Hiasan(fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA)

Kerajaan Terengganu Umum Bonus Hari Raya Kepada Penjawat Awam Minggu Depan

Selepas beberapa buah kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam di negeri masing-masing, kini tiba giliran kerajaan negeri Terengganu pula melakukan  perkara sama.

Sebentar tadi, kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan bahawa bonus raya akan diberikan kepada sekitar 12,700 orang penjawat awam di negeri tersebut.

Akan tetapi, jumlah bonus raya berkenaan hanya akan diumumkan pada minggu depan. Ia kerana kerajaan perlu menilai beberapa perkara terlebih dahulu seperi kedudukan kewangan semasa serta potongan 25% royalti petroleum dan gas oleh Kerajaan Persekutuan.

Untuk rekod, semasa Ucapan Bajet 2019 di Dewan Undangan Negeri(DUN) tahun lalu, Dr. Ahmad Samsuri telah menjelaskan bahawa penjawat awan di Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM500 setiap seorang.

Ditanya mengenai kekeliruan syarat permohonan Dana Rakyat Terengganu(iDana), beliau berkata bahawa kerajaan negeri akan menfokuskan kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti golongan miskin dan orang kelainan upaya(OKU).

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kekangan kewangan yang sedang dialami terutama selepas pemotongan drastik terhadap kewangan kerajaan negeri sebanyak 25% hasil royalti minyak setiap tahun.

Tambahnya lagi, pemberian dana itu adalah satu bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk sambutan Aidilfitri nanti dan penjelasan mengenai keputusan mengehadkan dana raya tersebut akan dibuat oleh kerajaan negeri nanti.

Sumber: TeganuKita

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi