Siakap Keli

Ketua Jururawat Hospital Serdang Hilang Sejak Minggu Lepas Ditemui Telah Meninggal Dunia

Setelah seminggu, misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Khairina Kamarudin terungkai apabila jenazahnya telah dijumpai di sebuah rumah di Cyberjaya.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes masih dalam siasatan.

Setakat ini, dua lelaki warga Nigeria dan Pakistan telah ditahan untuk membantu siasatan.

8 Mei lalu, Khairina dilihat kali terakhir pada jam 4 petang menaiki kereta Honda berwarna putih di ruang meletak kenderaan hospital tersebut.

Adik kepada mangsa, Khairani Kamarudin memaklumkan jenazah allahyarham akan dikebumikan di Kg. Tengah Seri Menanti selepas asar hari ini.

Semoga almarhum ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Doa Untuk Jenazah Perempuan

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.

Sumber: Khairani Kamarudin

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.