Siakap Keli
Gambar: Gambar Hiasan

Mufti Kedah Nasihat Kaki Ponteng Puasa Supaya Bertaubat

ALOR SETAR, 15 Mei (Bernama) — Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan golongan yang sering ‘ponteng puasa’ dengan sengaja agar bertaubat bagi menghindar kemurkaan Allah SWT.

Katanya, lebih menyedihkan ada dalam kalangan umat Islam memilih restoran bukan Islam untuk berkumpul dan menikmati makanan tanpa rasa segan dan tidak mengendahkan kesucian makanan yang dijamah.

“Allah beri kita 11 bulan untuk makan bila-bila masa sahaja siang dan malam dan Allah minta kita puasa pada Ramadan ini untuk ibadat dan kesihatan diri sendiri, tapi amat malang dan menyedihkan apabila ada yang ditahan di restoran orang bukan Islam seperti operasi yang dijalankan pihak berkuasa agama sebelum ini,   katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pembayaran Agihan Balik Zakat Sekolah Fasa Pertama 2019 di sini, hari ini.

Fadzil berkata beliau begitu sedih apabila di zaman moden ini, masih ramai yang tidak mahu menunaikan ibadat puasa selain ada yang menjual makanan kepada ‘kaki ponteng’ puasa sebelum 3 petang.

“Saya hairan kenapa senario ini berlaku sedangkan orang  kita makin berilmu dengan maklumat yang diterima dari media-media elektronik yang sering memperkatakan soal kewajipan berpuasa,” katanya.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa