Siakap Keli

NASA Dedah Bulan Alami ‘Pengecutan’, Mungkin Jadi Punca Kepada Kejadian Gempa Bulan

Bukan sahaja di bumi, malah di bulan dan planet lain juga ada fenomena gempa. Di bulan, fenomena gempa ataupun moonquakes berlaku disebabkan proses pengecutan bulan.

Berdasarkan kajian oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA), disebabkan penyejukan teras bulan, saiznya berkurang sebanyak 50 meter dalam tempoh beberapa ratus juta tahun.

Pengecutan bulan boleh menyebabkan gempa bulan berlaku sehingga lima skala richter apabila struktur lapisan permukaannya berubah.

(Gambar: NASA)

“Sepertimana anggur berkedut apabila mengecut, hal yang sama berlaku kepada bulan. Namun disebabkan kulit anggur fleksibel dan permukaan bulan mempunyai kerak rapuh, permukaan bulan mengalami keretakan,” kata wakil NASA.

Selain bulan, planet Merkuri juga mengalami proses pengecutan, tetapi dengan kesan retakan yang lebih besar merangkumi 1,000 kilometer panjang hingga 3 km tinggi.

Sementara itu, NASA akan menghantar wanita pertama dan seorang angkasawan ke bulan pada 2024 ini untuk mengkaji bulan sebelum ke Marikh.

https://youtu.be/m847f65vX9A

Sumber: NASA

Amira

Love yourself.