Siakap Keli
Gambar : Metro UK

Pernah Ditinggalkan Dalam Tandas Lapangan Terbang 33 Tahun Lalu, Tak Sangka Apa Yang Terjadi Benar-Benar Mengharukan

Siapa sangka, seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Lapangan Terbang Gatwick pada 33 tahun lalu akhirnya mengetahui siapa dirinya.

Steve Hydes atau dikenali sebagai Gary Gatwich bersempena nama maskot lapangan terbang ketika dia ditemui di salah sebuah tandas di South Terminal.

Difahamkan, pakar yang telah mengambil sampel DNA Steve telah berjaya mengetahui siapa ibu bapanya. Namun sayangnya, ibu kandung Steve telah meninggal dunia sebelum dia sempat menemuinya.

Walaubagaimana pun, bapanya masih hidup dan Steve mendapati dia turut mempunyai adik beradik yang lain tetapi mereka tidak mengetahui kewujudannya.

Steve yang mengumumkan perkara berkenaan di facebook berkata : ”Selepas 15 tahun mencari, saya akhirnya gembira untuk mengesahkan segala kerja keras Genetic Genealogist CeCe Moore dan Helen Riding, kami telah berjaya mengesan keluarga asal saya.

”Malangnya ibu kandung saya telah meninggal dunia, jadi saya tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa.

”Bagaimanapun saya telah menemui bapa kandung dan adik beradik lain di mana mereka semua juga  tidak mengetahui kewujudan saya.

”Terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu saya dalam pencarian ini.”

Mengimbas semula apa yang berlaku pada 10 April 1986, Steve yang hanya dibaluti selimut ditemui seorang pembantu jualan Beryl Wrigh di tandas wanita.

Dia yang dieprcayai baru berusia 10 hari ketika itu kemudiannya diserahkan ke rumah anak yatim dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga bersama tiga orang kakak.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.