Siakap Keli

“Saya Sedar Hasil Ini Juga Milik Mereka Yang Memerlukan,” Aliff Syukri Sumbang RM1.2 Juta

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri yang berjaya di dalam perniagaannya. Kekayaan yang dimiliki beliau sering menjadi contoh kepada usahawan kecil untuk berusaha dengan lebih gigih.

Baru-baru ini, warga media sosial Instagram khususnya bersenang hati melihat kebaikan yang dilakukan oleh usahawan tersebut. Perkara ini adalah kerana usahawan tersebut memberi zakat sebanyak RM1.2 Juta pada tahun ini.

Melalui posting di Instagram beliau, dilihat Aliff Syukri menyampaikan sendiri sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Menurutnya, hasil keuntungan yang diperolehi perlulah dikongsikan kepada golongan yang memerlukan.

https://www.instagram.com/p/BxeWhetAT2O/?utm_source=ig_embed&fbclid=IwAR3iN7z5D0RTCSXhi8aKVoPsTAaKVpNcCYCvRyk8Wf4_y-bXT2A5oTDdhzk

“Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.. Alhamdulilah di atas rezeki Nya”

Rata-rata netizen sangat bersenang hati melihat atas kebaikan usahawan tersebut yang mengeluarkan zakat dengan jumlah yang banyak. Ada juga netizen yang mendoakan agar usahawan itu terus dikurniakan rezeki berlipat ganda.

“Saya pun rasa seronok tengok dato berkongsi rezeki”

Amalan memberi sumbangan merupakan amalan yang sangat baik untuk dilakukan oleh orang-orang yang berkemampuan. Sumbangan oleh usahawan kosmetik ini menjadi inspirasi kepada usahawan lain untuk terus berjaya.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa