Siakap Keli
Gambar: bazookapenaka.my

Sejumlah 46,376 Penerima Di Sarawak Dapat Sumbangan Gawai Raya – Fatimah

KUCHING, 16 Mei (Bernama) — Sejumlah 46,376 orang miskin di Sarawak disahkan layak dan bakal menerima sumbangan bernilai RM100 bagi meringankan beban kewangan sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia merupakan sumbangan tambahan sempena sambutan perayaan.

“Mereka yang layak ini adalah individu yang menerima skim bantuan Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Am, penerima elaun Pekerja Cacat dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Gawai Raya 2019 di sini hari ini.

“Sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan beban semua penerima bagi membuat persiapan menyambut perayaan nanti. Selain bantuan wang tunai, penerima yang hadir pada hari ini turut akan menerima hamper bernilai RM50,” tambahnya.

Pada majlis itu, 200 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan yang lain-lain telah menerima sumbangan berkenaan, dan Fatimah berkata bagi yang tidak berpeluang untuk hadir pada hari ini, sumbangan RM100 itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

Dari Januari sehingga April, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah menyalurkan sejumlah RM67 juta untuk 56,096 orang penerima bantuan bulanan yang layak di seluruh negeri ini.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa