Siakap Keli

Sering Berdebar Ingatkan Cinta Pandang Pertama, Atau Mungkin Ada Tanda-Tanda Gejala ‘Anemia’

Kita mungkin sering mendengar perkataan anemia. Malah jika kita sering berasa pening atau lesu pasti dalam kalangan rakan-rakan yang rapat dengan kita memberitahu kemungkinan kita mempunyai gejala anemia.

Ada juga dimana situasi apabila mata bertentang mata dengan si dia, jantung berdegup kencang, nafas semakin sempit, otot mulai lemah. Adakah anda kerap melalui situasi berikut? anda mungkin sedang angau atau mengalami gejala anemia!

Namun, masihkah anda ambil tahu apa itu gejala anemia? Adakah ia mampu mengancam tahap kesihatan anda? Gejala ini merupakan situasi yang berlaku akibat kekurangan bekalan darah dalam badan disebabkan oleh beberapa faktor.

Sel darah merah diperlukan oleh tubuh kita untuk membawa oksigen ke seluruh badan. paras selamat untuk menderma darah bagi wanita ialah 12.5 g/dL dan bagi lelaki 13.5 g/dL.

Pernahkah niat anda untuk menderma ditolak kerana tak cukup sel darah merah? pastikan anda mengamalkan diet yang tinggi dengan zat besi.

Tanda-tanda sel darah tidak mencukupi dalam tubuh untuk membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.

1. Mata –Kelihatan kekuning-kuningan.

2. Otot- Kelemahan pada bahagian otot

3. Penafasan- sesak nafas

4. Kulit – kelihatan kekuningan, pucat dan kesejukan

5. Usus – perubahan warna najis

6. Jantung- berdebar-debar denyutan nadi laju dan sakit dada

7. Otak –  selalu pengsan dan kerap sakit kepala serta kurang mental fokus

Kepada individu yang ada tanda-tanda ini, sila segerakan berjumpa doktor di hospital dan klinik berdekatan. Ataupun, amalkan pemakanan secara sihat dan tinggi zat besi.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang