Siakap Keli
Gambar: sinar harian, FB PDRM

Tiga Suspek Yang Disyaki Terlibat Dalam Kumpulan Pengganas Berjaya Diberkas Pihak Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas dua orang suspek warganegara Malaysia dan seorang suspek warganegara Indonesia di sekitar Selangor dan Kedah kerana disyaki terlibat dalam memberi sokongan kepada kumpulan Daesh@Islamic State.

Kesemua suspek yang diberkas pihak polis itu dipercayai sedang merancang untuk melancarkan satu siri serangan di Malaysia dan Indonesia. Penangkapan suspek tersebut susulan daripada penangkapan yang dibuat oleh suspek kumpulan pengganas yang dilakukan pada 5 hingga 7 Mei 2019 lalu di Terengganu dan Lembah Klang.

Tangkapan pertama yang dibuat oleh pihak polis dijalankan pada 14 Mei 2019 yang bertempat di Kuala Muda, Kedah melibatkan dua lelaki tempatan. Kedua-dua suspek tersebut disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki polis pada 13 Mei 2019.

Manakala seorang suspek lagi yang berusia 27 tahun berasal dari Bedong, Kedah. Suspek bekerja sebagai penjual burger dan seorang lagi bekerja sebagai pekebun. Kedua-dua suspek yang ditahan dilaporkan pernah menjalani latihan membuat bom di Jogjakarta pada tahun 2018 yang dikendalikan oleh kumpulan pengganas Jeaah Ansharut Daulah Indonesia.

Tangkapan kedua pula yang dibuat oleh pihak polis telah dilakukan pada 14 Mei 2019 di Banting, Selangor. Suspek yang ditangkap di Selangor itu berumur 34 tahun dan berasal dari Indonesia. Dia ditangkap hasil daripada maklumat orang awam.

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook PDRM:

Gambar: FB PDRM
Gambar: FB PDRM
Gambar: FB PDRM
Gambar: FB PDRM

 

 

 

Aqmal Ezany

I write what is right