Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tunggu Anak Lelaki Balik Nak Sambut Hari Ibu, Wanita Ini Meninggal Dunia Sehingga Mayat Berbau Dalam Rumah

Siapa saja yang tidak sayang dengan ibunya, malah ibu adalah wanita paling disanjungi kerana pergorbanannya tidak terkira. Ada juga yang bersedih tidak dapat menyambut hari Ibu bersama ibu mereka.

Ini yang berlaku di Taiwan, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku pada jirannya, seorang warga emas yang meninggal dunia dalam rumahnya itu.

Wanita ini berkata perkara ini tidak akan terpadam dalam dirinya dan sentiasa berhati-hati sejak perkara itu berlaku.

Suatu hari, dia mendapat panggilan daripada jiran tetangga berkenaan berbau sesuatu yang tidak enak seperti bau bangkai manusia. Sesampainya mereka di rumah berkenaan, terdapat seorang wanita warga emas yang terkujur meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Mendapati di dalam rumah tersebut tidak ada sesiapa selain wanita itu sahaja bersama beberapa juadah makanan yang dihidang untuk makan bersama anak lelakinya. Namun ia tidak kesampaian kerana anaknya sibuk selesaikan hal kerja di Singapura.

Tetapi bila pulang ke Taiwan, anaknya tidak dapat menemani ibunya yang sudah uzur itu untuk menyambut Hari Ibu. Oleh itu, ibunya keseorangan di rumah. Wanita tersebut disyaki terkena serangan jantung selepas keluar dari bilik air dan sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

Anak lelakinya kesal dengan tindakannya terhadap ibunya kerana ibunya tidak akan kembali lagi. Sedarlah, walaupun sibuk sekalipun kita menguruskan hal kerja, janganlah mengabaikan ibu kita yang sentiasa menunggu kita di rumah.

Sumber: 劉瑋祈

Edayu

Editor: Azmil

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di