Siakap Keli

“Walau Apa Pun Jadi, Kami Sayangkan Kamu,” Diana, Anak Tabah, Suami Dipenjara 9 Bulan

Semalam, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara selama 9 bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja. Malah, Farid turut diperintahkan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Berita tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi ramai. Netizen, rata-ratanya mula meninggalkan komen kepada isteri Farid yang juga seorang aktress, Diana Danielle, memintanya untuk tabah menghadapi ujian ini.

Mengambil keputusan berdiam diri, Diana akhirnya membuka mulut dengan menyatakan sokongan kepada suaminya walau apa pun yang berlaku. Moga mereka sekeluarga kuat menerima dugaan ini.

Walau apa pun jadi, kami terlalu sayangkan kamu

Sumber : Instagram dianadanielleb

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.