Siakap Keli
Gambar Hiasan

Adam Adli Tak Setuju Cadangan PTPTN Perkenal Semula Sekatan Ke Luar Negara Kepada Peminjam

Seorang bekas pelajar aktivis berkempen untuk mendapatkan bayaran semula yang lebih adil bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) memberi amaran kepada kerajaan baru untuk membatalkan keputusan untuk menghapuskan larangan perjalanan yang dikenakan ke atas peminjam oleh kerajaan sebelum ini.

Adam Adli dikatakan tidak bersetuju dengan Pengerusi PTPTN yang bercadang mahu memperkenalkan semula larangan untuk ke luar negara kerana ia adalah satu manifesto kerjaan baru.

Menurutnya, kerajaan atau kementerian harus pertimbangkan untuk mengantikannya, Wan Saiful diibaratkan tidak memahami pelajar dan apa yang dia tahu PTPTN mempunyai hutang yang perlu diselesaikan.

Jika semua orang melakukan untuknya, pasti perkara ini akan dibawa ke kabinet tetapi keputusan tersebut bukanlah di atas tangan kita. Tapi, seorang pelajar aktivtis lain pula berkata melarang perjalanan ke luar negara itu tidak pernah terbukti berkesan.

“Barisan Nasional melaksanakan larangan perjalanan pada tahun 2014 tetapi jumlah bayaran balik PTPTN masih sekitar 45% berdasarkan laporan tahunan PTPTN,” kata ketua pemimpin Pemuda PSM.

Dia berkata lagi, rakyat Malaysia seharusnya perlu ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan untuk menampung pembayaran semula dalam kadar yang tinggi.

Dia tidak menafikan hak Pengerusi PTPTN itu tetapi apakah usaha yang beliau lakukan untuk memberi penyelesaian kepada kedua- dua pihak.

Adam juga mengritik bahawa kerajaan baru tidak memberikan apa-apa diskaun kepada peminjam yang lalu dengan kepujian pertama. Sebaliknya, kerajaan hanya umum diskaun untuk peljar bawah B40.

Sumber: MSN News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang