Siakap Keli

Aksi Ikan Paus Melompat Ke Udara Tarik Perhatian Warga Maya

Ikan paus merupakan hidupan akuatik terbesar yang tinggal di lautan dalam. Menjadi satu keterujaan apabila dapat melihat haiwan tersebut dengan kaca mata sendiri. Ini kerana saiz besarnya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi ikan paus melompat ke udara dari dasar laut. Fenomena yang mengagumkan itu telah berjaya dirakam oleh jurugambar Douglas Croft, 60 dan pemerhati ikan paus, Kate Cummings.

Aksi ikan paus berkenan terakam berdekatan dengan sebuah bot yang membawa nelayan di Monterey Bay di Kanada.

Gambar: Douglas Croft/Caters

Rakaman tersebut berjaya dibuat kerana beliau sudah terlebih dahulu memerhati pergerakan haiwan itu dari bot nelayan. Ia turut menjadi perhatian warga yang rata-rata mengagumi keindahan pemandangan itu.

Sumber: ladbible

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa