Siakap Keli

“Biarlah Orang Nak Cakap Apa Kakak,” Status Ayah Bella Undang Sebak

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan kontrovesi yang melibatkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sehingga menyebabkan pergolakan rumah tangga bersama isterinya Bella Astillah. Namun begitu, petang semalam dilaporkan bahawa pasangan tersebut telah berpisah dengan lafaz talak satu oleh penyanyi lelaki tersebut. Berikutan kes penceraian tersebut,  bapa Bella tampil memberi semangat dan dorongan buat puterinya.

Menerusi muat naik yang dibuat di laman Instagram, bapa Bella menerusi akaun agastillah mendoakan anaknya dalam keadaan baik serta mengingatkan anaknya bahawa dia masih mempunyai keluarga yang sentiasa berada dibelakangnya. Berserta itu, bapa Bella turut menasihati Bella untuk membesarkan anaknya dengan baik.

Rata-rata netizen turut tidak terlepas memberikan semangat terhadap Bella bagi menghadapi ujian tersebut. Tidak terlepas juga, ada yang berharap agar bapa Bella dapat membimbing Bella ketika anaknya itu ditimpa ujian seperti sekarang.

“Dia sangat-sangat kuat mempertahankan hak nya dengan ayden”

“Your daughter is an angel”

“Stay strong bella…jaga ayden baik2”

Sumber: agastilla

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa