Siakap Keli
Gambar: TVNZ, Talking Rugby Union

Bintang Ragbi New Zealand Sonny Bill William Berjaya Tamatkan Pengajian

Bintang Ragbi New Zealand telah membuktikan bahawa beliau juga boleh menyerlah dalam bidang akademik setanding dengan pencapaiannya dalam bidang sukan selepas beliau berjaya menamatkan pengajian dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda.

Williams meraikan hari beliau berjaya tamatkan pengajiannya dari Politeknik Otago di mana dia telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dalam  Pengurusan Sukan dengan memuat naik gambar di akaun media sosial miliknya.

Bekas juara dunia ragbi yang berusia 33 tahun itu telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan dirinya masih berjubah serta sijil ijazah yang diperolehinya bersama-sama dengan keluarga yang berada disampingnya.

Sebagai seorang petinju, pemain ragbi 7 sebelah dan ragbi serta orang Maori saya juga boleh tamatkan pengajian!. Jangan biarkan sesiapa pun menstreotaipkan diri anda, Alhamdulillah. Katanya dalam satu Tweet yang dimuat naiknya.

Williams mendaftar di Politeknik Otago tahun lalu melalui Capable New Zealand iaitu sebuah program yang dikendalikan oleh Politeknik Otago yang membolehkan pelajar belajar dari jauh dan juga menggunakan kampus Auckland mereka.

Disebabkan pemain tengah pasukan All Blacks itu terpaksa berehat lama akibat dibelengu kecederaan lutut, beliau mendedikasikan masa lapangnya dengan menumpukan kepada pengajiannya.

Sumber: TVNZ

Aqmal Ezany

I write what is right