Siakap Keli

Dipadamkan Daripada Peta Dunia, Ini Keadaan Tiga Kota Ini Sekarang

Kota merupakan kawasan yang terdapat di sesuatu tempat. Setiap kota memainkan peranan penting dalam industri pelancongan. Ini kerana pelancong lebih berminat untuk melancong ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Namun, sedarkah anda bahawa terdapat beberapa buah kota yang dipadam atau tidak pernah wujud daripada peta dunia atas sebab-sebab yang tertentu.

  1. Guryong, Seoul

Kota yang terdapat di Seoul, Korea ini menjadi daerah ‘tersembunyi’ di bandar tersebut. Kota ini tidak dapat ditemui di dalam peta dunia disebabkan keadaannya yang buruk dan kotor.

Kota yang dimulai pada tahun 1980-an ini mempunyai keluasan 30 hektar dengan jumlah populasi lebih dari 2500 orang. Kota ini tidak membangun kerana rancangan pembangunan sering kali ditolak oleh penduduk setempat. Mereka juga menawarkan harga yang tinggi bagi memiliki kawasan mereka menyebabkan pembangunan tersekat.

Gambar: msn.com
Gambar: msn.com

2. Kamagasaki, Jepun

Jepun dikenali sebagai negara yang mempunyai kecanggihan dan teknologi yang tinggi. Namun disebalik kelebihan yang dimiliki, terdapat kota di Jepun yang telah dihilangkan daripada peta dunia.

Mempunyai keluasan lebih kurang 1-2 kilometer persegi, kota Kamagasaki telah wujud sejak tahun 1922. Kota yang dianggap sebagai kota yang buruk terbesar di Jepun mempunyai kira-kira 30000 populasi penduduk. Malah, pemerintah Osaka juga tidak mengizinkan nama Kamagasaki muncul dalam peta rasmi dan telah membatasi penyebutan nama kota tersebut terutamanya di media.

Gambar: Kounosu
Gambar: Kounosu
Gambar: wikipedia

3. Sonapur, Dubai

Dubai yang dulunya hanya kawasan padang pasir kini dikenali sebagai salah satu negara termewah di atas muka Bumi ini. Namun sedarkah anda, di negara hebat sebegini juga terdapat kota yang dianggap sebagai kota yang dipinggirkan.

Kawasan penempatan lebih kurang 150000 pekerja buruh yang kebanyakannya dari India, Pakistan, Bangladesh dan China. Kawasan yang uzur tersebut memperlihatkan kesusahan yang dialami oleh buruh-buruh tersebut. Kota kecil ini sebenarnya tidak mempunyai nama yang rasmi dan menyebabkan kota ini tidak didaftarkan di dalam peta dunia.

Gambar: Farhad Berahmann
Gambar: Farhad Berahmann

Walaupun kota-kota ini dianggap sebagai buruk dan tidak terdapat di dalam peta dunia, namun penempatan penduduk di situ membuktikan bahawa kota-kota ini masih bernyawa.

Sumber: hotel.jalan2.com, hotel.jalan2.com, Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa