Siakap Keli

Dua Tahun ‘Tertanam’, Gempar Pemegang Basikal Dijumpai Dalam Rahim Wanita

Seorang wanita dari India telah selamat dari pembedahan selepas doktor menemukan pemegang basikal di dalam rahimnya. Wanita berusia 30 tahun itu telah mengadu sakit perut yang teramat sangat pada dua hari yang lalu. Dia kemudia telah dikejarkan ke Hospital My, di Indore, Madya Pradesh di India tengah.

Menurut doktor yang terlibat dari My Hospital, Profesor Madya Dr Sonia Moses memberitahu bahawa pemegang basikal itu telah dimasukkan ke dalam vagina oleh suaminya ketika mabuk. Proses pembedahan itu melibatkan kira-kira 19 orang doktor dan mengambil masa selama empat jam.

Objek tersebut telah berada di dalam tubuh perempuan tersebut hampir dua tahun. Berikutan itu, organ dalaman wanita itu telah rosak akibat daripada kesan lubang dan terkikis.

Gambar: Cover Asia Press

Menurut Dr Sonia, mereka terpaksa membuang rahimnya kerana telah terhakis sepenuhnya.

Gambar: Metro.uk

“Rahimnya telah terhakis sepenuhnya, sebab itu kami terpaksa membuangnya tetapi kami berjaya membaik pulih pundi kencingnya menggunakan stent melalui paip kencingnya”.

Disebabkan perkara itu, wanita berkenaan tidak akan dapat mempunyai anak lagi selepas ini.

Sumber: Metro.uk

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa