Siakap Keli

‘Grumpy Cat’ Kucing Muka Marah Mati Akibat Jangkitan Kuman, Jutaan Pengikut Bersedih

Grumpy Cat, seekor kucing yang dikatakan popular di internet kerana wajahnya yang kelihatan seperti marah, mati pada usia tujuh tahun kerana mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing.

Berita sedih tersebut diumumkan menerusi laman Twitter pada jumaat lalu oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen.

Grumpy Cat semasa hayatnya, bukan sahaja memberi kegembiraan kepada keluarga Bundesen, tetapi telah mengiburkan jutaan pengikutnya di seluruh dunia kerana reaksi wajahnya yang bersahaja.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan kematian haiwan comel ini mula dilihat membanjiri komen sedih di laman sosialnya.

Kucing ini menjadi sensasi di internet kerana memiliki 1.1 juta pengikut di Twitter dan 2.4 juta pengikut di Instagram dan 8.5 juta pengikut di Facebook.

Sumber : CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di