Siakap Keli

Hanya Mercun ‘Pop-Pop’ Dan ‘Happy Boom’ Yang Dibenarkan – PDRM Perak

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, apabila menjelang musim perayaan Aidilfitri, pasti kita akan mendengar bunyi dentuman mercun yang memecah sunyi di waktu malam sepanjang bulan Ramadan.

Walaubagaimanapun, menyimpan, memiliki, menggunakan atau menjual bahan letupan berkenaan adalah dilarang sama sekali kecuali yang dibenarkan sahaja dan mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman undang-undang.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia(PDRM) Kontinjen Perak baru-baru ini, hanya mercun dan bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja yang dibenarkan sepertimana spefikasi yang ditetapkan di negeri tersebut.

Tambah mereka, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang memiliki, menyimpan, menggunakan atau menjual mercun dan bunga api tanpa kebenaran polis dan boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 74 hingga 78 Explosives Rules 1923.

Foto: FB Polis Perak

Sumber: FB Polis Perak

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.