Siakap Keli

Harga Runcit Petrol RON97 Turun Dua Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.68 seliter. Manakala bagi harga runcit petrol RON95 dan Diesel pula kekal iaitu RM2.08 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi Diesel.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 18 Mei 2019 sehingga 24 Mei 2019 adalah berjumlah RM99.19 juta.

Sumber: Ministry of Finance

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.