Siakap Keli

Ibu Trauma Selepas Jumpa Kepala Ayam Terputus Dalam Kotak Kepak Ayam

Seorang ibu trauma selepas anak-anaknya menemui kepala ayam dalam bungkusan kepak ayam sejuk beku. Ceanne Reid, 25 tahun telah membeli ayam sejuk beku Let’s Eat American BBQ Chicken Wings di The Range di West Bromwich pada 24 April.

Selepas itu, dia terus pulang ke rumah dan meninggalkan bekas kepak sejuk beku yang dibeli tadi untuk digoreng oleh ahli keluarga yang lain. Ketika duduk di ruang tamu beberapa ketika, anaknya menjerit dari dapur rumah apabila melihat ada “wajah” masuk ke dalam pinggan.

Pelajar jurusan pengurusan perniagaan itu pergi ke dapur dan melihat sendiri apa yang mereka jeritkan. Dia terperanjat dan terkejut apabila ada kepala ayam dalam celahan kepak sejuk beku.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mula tidak sedap badan dan dia terasa perutnya seakan bergolak.

“Saya benar-benar jijik, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Saya tidak mahu fikirkanya. Saya hampir melemparkan kerana saya telah mengambil kepak ayam dari bekas yang sama dengan kepala ayam. Memikirkan perkara itu membuatkan saya sakit. Saya tidak berasa selesa”.

“Keadaan itu membuatkan saya tidak mahu makan daging. Jenama kepak ayam sejuk beku yang selalu saya beli itu menjadi kegemaran kami sekeluarga. Rasanya sangat berbeza berbanding di tempat lain. Namun, malam selepas kejadian itu, saya membuat spaghetti dan pasta bakar”.

Ceanne meletakkan kepala ayam itu di dalam bekas untuk dijadikan bukti. Dia merancang untuk menghantar e-mel dan gambar aduan kepada syarikat itu. Namun begitu, pihak berkuasa tempatan telah menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu merupakan kes terpencil.

Mereka berkata; “kes ini bukan salah syarikat sebaliknya ia salah pekerja kepada syarikat itu. Syarikat perlu mengambil tindakan keras kepada pekerja mereka”.

Jurucakap syarikat itu berjanji akan mengambil serius tentang aduan ini. Syarikat mereka sangat berbangga dengan kualiti dan label makanan mereka. Mereka juga perlu menjaga kepentingan itu untuk para pelanggan mereka.

Sumber: Metro.uk

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia